Sukan Hari Ini

Bayern Mahu Tutup Musim Bersama Guardiola Dengan Satu Lagi Gelaran Juara

BAYERN Munich sudah memastikan gelaran juara Bundesliga musim ini, tetapi bagi kelab ini perjuangan mereka belum berakhir kerana terdapat satu lagi gelaran juara yang dikejar.

Bayern menutup musimnya di Bundesliga 2015/16 dengan kemenangan 3-1 atas Hannover menerusi gol oleh pemain Robert Lewandowski dan Mario Goetze (dua gol) di Allianz Arena, Sabtu.

Kemenangan di kandang sendiri ini merupakan penutup yang ‘manis’ untuk Die Roten yang sebenarnya sudah memastikan gelaran juara minggu lalu.

Apatah lagi musim ini menjadi musim terakhir bagi jurulatih Guardiola di Bundesliga sebelum berhijrah ke Manchester City.

Bagaimanapun masih terdapat satu lagi perlawanan yang harus disempurnakan Bayern musim ini iaitu final DFB-Pokal 21 Mei ini di mana Bayern akan berdepan Dortmund.

Perlawanan itu juga akan menjadi saat perpisahan terakhir kelab itu dengan Guardiola.

“Sememangnya hari ini merupakan sebuah hari yang indah. Perlawanan sebelum ini biasanya membuatkan saya tidak senang duduk, tetapi kali ini tahap fokus tidak lagi terlalu tinggi.

“Keseluruhannya ia satu perlawanan yang bagus, Hannover bermain dengan baik,” kata Guardiola di FCBayern.de.

“Saya puas hati, pujian buat pasukan ini. Malam ini kami akan merayakan dan kemudian esok dengan penyokong di Marienplatz. Kemudian kami akan mulakan persiapan untuk final menentang Dortmund,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");