Membawang Hari Ini

Berhijab seikhlas hati

“I believe when you chase Allah, the world will chase you,” kata Fathia Latiff ketika ditemui pada acara Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH29) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Di acara penuh gilang-gemilang itu, Fathia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.

Meluahkan rasa syukur dan gembira, Fathia menolak seandainya ada yang mengatakan rezeki kemenangannya disebabkan imejnya yang kini tampil berhijab.

“Ini rezeki buat saya. Sebelum ini, saya pernah tercalon, namun belum ada rezeki dan ini kali pertama saya meraih trofi di ABPBH.

“Pada awalnya, jangkaan dan harapan saya lebih kepada kategori Pelakon TV Wanita Popular kerana produk saya kebanyakannya di TV. Namun, saya bersyukur dengan anugerah yang saya terima,” katanya.

Bercerita mengenai imejnya kini, Fathia turut ditanya sama ada ingin mengehadkan beberapa adegan atau meletakkan syarat dalam lakonannya.

“Saya tidak berani bercakap lebih kerana baru sahaja berhijab.

“Ada juga orang bertanya sama ada saya mengelak bersentuhan dalam lakonan dan sebagainya. Apa yang saya boleh katakan, saya akan cuba menjadi Muslimah yang baik,” katanya.

Mengakui ada perubahan yang dirasai selepas berhijab, Fathia berkata, dia masih dalam proses belajar.

“Sebelum ini, ramai minta saya menutup aurat. Ketika itu, terdetik dalam hati kalau berubah biarlah dilakukan dengan seikhlas hati.

“Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang menegur. Dek kerana teguran itulah saya belajar menjadi manusia yang lebih baik,” katanya lagi.

Tambah Fathia, dia memilih untuk berhijab kerana Allah dan bukan atas suruhan atau permintaan sesiapa.

Ditanya lagi sama ada dia nekad bertudung sebagai salah satu cara untuk melariskan perniagaan, dia menolak dakwaan itu.

“Ia tidak ada kena- mengena dengan perniagaan. Penghijrahan ini saya lakukan dengan seikhlas hati,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");