Isu Panas

BN Perak cadang nama

Kuala Kangsar: Barisan Nasional (BN) Perak sudah mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, nama-nama yang dikemukakan akan dilakukan penilaian terbaik oleh Perdana Menteri dan sudah pasti calon dipilih ialah calon yang boleh memberikan kemenangan kepada BN.

Menurutnya, BN negeri masih belum mahu memikirkan soal calon kerana yang paling penting sekarang ialah persiapan jentera bagi menghadapi PRK itu sekaligus membawa kemenangan kepada BN.

Katanya, walau bagaimanapun calon yang dipilih itu mestilah calon yang dapat diterima, disukai dan juga paling penting calon yang boleh memberikan kemenangan kepada BN.

“Saya tekankan sekali lagi adalah dari segi calon mestilah yang boleh memberi kemenangan dan kita lihat ramai yang memberi cadangan nama termasuk dalam telefon saya yang mana banyak nama dicadangkan.

“Itu adalah hak masing-masing dan tidak salah untuk mereka hendak mengemukakan atau mencadangkan namun yang paling penting ialah apabila ia diputuskan pihak pimpinan parti maka itulah calon kita calon Barisan Nasional,” katanya yang ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai jabatan kerajaan di sini, pagi tadi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");