Berita Hari Ini

BNM tubuh jawatankuasa pasaran kewangan

BANK Negara Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Pasaran Kewangan dalam usaha membangunkan lagi pasaran kewangan negara, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

“Matlamat utama jawatankuasa adalah meningkatkan penglibatan industri dan memberi tumpuan kepada menilai dan merangka strategi yang komprehensif bagi pasaran kewangan borong untuk memenuhi permintaan yang pelbagai dan kompleks ekonomi lebih maju dan bersepadu di peringkat antarabangsa,” kata gabenor baharu pada sidang media selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku pertama di sini hari ini.

Muhammad berkata jawatankuasa itu akan terdiri daripada peserta dan wakil bank pusat, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain atau pihak berkepentingan, yang mempunyai peranan penting atau penyertaan dalam pasaran kewangan.

Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk mengenal pasti dan menilai perkembangan dan isu-isu semasa dan berpotensi, trend berstruktur dan risiko yang memberi kesan kepada pasaran kewangan Malaysia; mencadangkan strategi yang sesuai dan pelan tindakan untuk membangunkan pasaran kewangan Malaysia dan; menggalakkan amalan terbaik pasaran dan menyumbang ke arah meningkatkan integriti dan profesionalisme.

Ia juga bertujuan menyediakan forum bagi peserta pasaran untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan perkara dan isu-isu yang berpotensi dan risiko berkaitan dengan pembangunan pasaran kewangan Malaysia.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");