Jenayah

Budak jatuh parit ditemui lemas

Subang Jaya: Mayat kanak-kanak yang terjatuh ketika mengambil selipar di tebing parit di Segambut, semalam, ditemui di Sungai Klang berhampiran USJ 1, di sini, pagi tadi.

Mayat berseluar biru tanpa baju itu ditemui orang ramai yang berada di lokasi pada 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pemeriksaan awal mendapati keadaan mayat sama seperti Syaiful Alhilal Hamim, 11, yang terjatuh dalam insiden di Segambut, malam tadi.

“Ketika kejadian hujan lebat dan kemungkinan besar mayat dihanyut arus sehingga ke sini.

“Siasatan diteruskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa dipercayai tergelincir ketika mengambil seliparnya yang jatuh di tebing parit berdekatan Masjid Al-Ubudiah, Kampung Segambut Dalam.

Difahamkan mangsa bersama lima rakannya bermain bersama berdekatan parit berkenaan sebelum hilang.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");