Perak Hari Ini

Bufet Ramadhan: BMLR Saji Hidangan ‘Nostalgia Rasa Desa’

BUKIT MERAH: Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) menggamit pengunjungnya untuk kembali ke zaman nostalgia bufet berbuka puasa yang bertemakan ‘Nostalgia Rasa Desa’.

Menurut Executive Sous Chef BMLR, Mohd Faizal Nasir Mohamad, pengunjung bakal disajikan dengan 88 jenis juadah pada setiap malam bermula 7 malam hingga 9.30 malam pada 8 Jun hingga 4 Julai 2016 di Kafe Le Lac BMLR.

PERAK TODAY 12

Juadah istimewa yang bakal dihidangkan buat para pengunjung ialah makanan tradisional seperti masak lemak tempoyak, gulai nangka, masak lemak labu, asam pedas, kambing panggang, rusa panggang serta kuih muih tradisional seperti lempeng pisang.

Sementara itu, pada setiap hari Ahad kambing panggang akan digantikan dengan hidangan rusa panggang sebagai salah satu sajian istimewa buat pengujung.

Tambahnya lagi, bufet Ramadhan kali ini menampilkan tujuh menu berlainan yang akan ditukar setiap hari bagi memberi peluang pengunjung menikmati pelbagai hidangan.

PERAK TODAY 14

Menu-menu tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman sesawang dan juga Facebook BMLR untuk rujukan pengujung.

Sementara itu bagi harga bufet, ianya ditetapkan hanya pada RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, warga emas dan warga OKU pada hari Isnin hingga Jumaat manakala bufet bagi dewasa pada harga RM45 serta RM35 untuk kanak-kanak, warga emas dan warga OKU pada hari Sabtu dan Ahad.

Kepada pengunjung yang membeli baucer bufet berbuka puasa dari 25 April hingga 5 Jun 2016 harga istimewa disediakan iaitu RM38 untuk dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak, warga emas dan warga OKU ditawarkan.

PERAK TODAY 9

Bagi pembelian baucer anda boleh menghubungi talian (05-890 8888 sambungan 6056) iaitu kafe Le Lac.

Keistimewaan buat tahun ini juga, pihak BMLR menawarkan pengalaman menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan menggunakan talam bagaimanapun pengunjung dinasihati membuat tempahan terlebih dahulu berikutan tempat adalah terhad.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati pemandangan tasik malah tidak perlu khuatir kerana kemudahan surau disediakan buat anda bagi menunaikan solat.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");