Isu Panas

‘Bukan undang-undang hudud’

SEKINCHAN – Komponen BN diminta turut sama menerangkan kepada pengundi bukan Islam bahawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bukanlah undang-undang hudud seperti mana yang dipolitikkan pembangkang.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika hal itu tidak dijelaskan kepada pengundi bukan Melayu beliau bimbang sokongan kaum itu kepada BN terjejas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun depan.

“Kalau tak dijelaskan dengan terang saya bimbang pengundi bukan Melayu seolah-seolah anggap BN bersekongkol dengan Pas.

Kita dah terangkan ini bukan hudud tetapi hanyalah pindaan undang-undang sedia ada yang tidak melibatkan orang bukan Islam.

“Parti komponen (BN) mesti bersama-sama untuk turun menerangkan kepada pengundi-pengundi bukan Islam kerana ia tiada kaitan motif politik,” katanya pada Sidang Media selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Selangor di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min, di sini, semalam.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang juga menafikan wujud sebarang kerjasama antara Umno dan Pas terutama dalam menghadapi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Tidak wujud sebarang kerjasama atau hubungan, malah di kedua-dua PRK Parlimen (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) Umno dan Pas meletakkan calon masing-masing,” katanya.

Noh menyifatkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai satu pembaharuan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyuburkan amalan demokrasi dalam kalangan ahli Parlimen khususnya dari pembangkang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");