Jenayah

Buruh nyaris maut jatuh bangunan

RANTAU PANJANG – Tindakan pantas seorang pemuda berlari ke Pejabat Unit Pertahanan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang berjaya menyelamatkan nyawa rakannya, yang terjatuh dari tingkat dua bangunan pembinaan, jam 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Moktar Mat Jusoh, 52, yang bekerja sebagai buruh dipercayai tergelincir kerana cuba mengelak kayu yang jatuh dari tingkat tiga.

Mangsa yang berdiri di hujung bangunan tidak sempat berpaut sebaliknya terjatuh ke kawasan semak di tingkat bawah.

Sementara itu, Pegawainya, Rahimie Mat Lazin berkata, sejurus menerima laporan kecemasan itu, dia bersama empat anggota JPAM bergegas menyelamatkan mangsa.

Hasil pemeriksaan awal katanya, mangsa patah kaki kanan, terseliuh tulang bahu dan kecederaan di muka.

“Kita menjalankan rawatan kecemasan selain menenangkan mangsa yang masih terkejut dengan kejadian tersebut. Mangsa yang beralamat dari Kampung Kubang Sawa Tumpat ini, dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");