Panasnya Hari Ini

Cabar PKR saman Rafizi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar mencabar PKR untuk menyaman Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli.

Ia berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang dipetik Free Malaysia Today berkata, dakwaan rasuah yang diterima Rafizi itu menunjukkan Pakatan Harapan (PH) adalah parti ‘cakap tak serupa bikin’.

“Sebelum dia (PH) berkuasa, kata nak wujudkan kerajaan bersih, tiada rasuah, integriti dan sebagainya. Tetapi apabila dia perintah kita tengok ini maklumat dari dalam.

“Yang ini bukan saya kata, yang ini pihak dia kata. Jadi ini satu perkara yang rakyat kena tengok, PH ini ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2016 di Pusat Konvensyen Ideal Selayang.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor juga berharap agar rakyat membuka mata terhadap gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor di bawah pimpinan PKR.

Tegasnya lagi, satu-satunya parti yang boleh menyatupadukan rakyat dan mentadbir negara dengan baik adalah Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, perbualan sebuah kumpulan tertutup menerusi aplikasi WhatApps antara Rafizi bersama ahli parti dan penyokong Reformasi telah tersebar yang memaklumkan beliau mempunyai bukti dan maklumat berlaku rasuah melibatkan sogokan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan Selangor.

Kelmarin, Biro Politik PKR juga membuat ketetapan dengan mengarahkan Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini, Rafizi dalam satu kenyataan memaklumkan beliau akan membuat laporan di pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 11.30 pagi Isnin depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");