Perak Hari Ini

Cadangan Pecat Dari UMNO, Mukhriz Desak Ikut Perlembagaan Parti

MANJOI : Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, menegaskan agar isu berkaitan pemecatan beliau dari UMNO mestilah mengikut perlembagaan parti yang sebenar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan daripada beberapa pemimpin UMNO yang mencadangkan agar ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dipecat dari parti atau dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat sama dengan penganjuran Deklarasi Rakyat.

“Saya masih menunggu keputusan mereka. Mereka kata ianya (tindakan) adalah demi kepentingan parti.

“Apa pun saya harapkan apa juga tindakan yang diambil kelak, ianya perlu berpandukan kepada perlembagaan parti.

“Mereka tak boleh kenakan tindakan hanya berdasarkan kepada Majlis Tertinggi semata-mata,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas Forum Selamatkan Rakyat Bersama Deklarasi Rakyat, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan bekas ahli UMNO, Datuk Hamidah Osman.

Mukhriz turut berkata, sehingga kini beliau masih belum dipanggil untuk memberi sebarang keterangan atau membela diri.

“Mereka juga perlu terlebih dahulu melakukan siasatan rapi selain memanggil daripada memanggil saya untuk sesi soal jawab dan kemudiannya memberi peluang untuk saya mempertahankan diri.

“Saya masih belum dipanggil. Mereka pun tak boleh buat keputusan dengan hanya libatkan ahli-ahli parti ,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");