Membawang Hari Ini

Cinta bawa Ezad kembali ke pangkal jalan

KUALA LUMPUR: Mengambil iktibar kisah hitam lalu, penyanyi Ezad Lazim, 37, meluahkan kekesalan terbuku di dada menerusi single terbaharu, Demi Cinta.

Tidak malu mengakui kesilapan masa lampau, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim kini tampil dengan semangat berbeza dan berjanji untuk tidak lagi menghampakan peminat.

Demi Cinta menzahirkan tanda maaf buat insan tersayang dan peminat yang berada di hati vokalis terbabit.

“Melodi Demi Cinta dicipta sendiri oleh saya dan Mohd Yassin, manakala liriknya pula ditulis oleh Iman Imran. Ia berkisar mengenai perasaan seorang individu yang memohon maaf di atas kekhilafan kisah hitam yang mengguris hati insan tersayang.

“Alhamdulillah, biarpun pernah alpa dan lalai satu ketika dulu, cinta itu sendiri yang menyedarkan saya untuk kembali ke pangkal jalan.

Oleh itu saya memilih tajuk Demi Cinta yang menjadikan segala-galanya menjadi lebih baik berbanding dulu.

“Saya tidak malu untuk mengakui kesilapan lalu kerana sedikit sebanyak ia menjadi peringatan untuk tidak mengulanginya.

Malah, saya rasa semua sedia maklum kisah hitam saya dulu. Alhamdulillah, peminat juga memberikan sambutan memberangsangkan untuk lagu itu,” katanya kepada BH Online.

Bekas vokalis Exists itu pernah ditahan dan mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November 2014.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Ezad kini giat menjalankan promosi single terkininya itu dan berharap Demi Cinta dapat mengubati kerinduan peminat yang banyak menyokong perjalanan kerjaya beliau.

“Semoga Demi Cinta dapat membuka ruang untuk saya terus menapak dalam bidang nyanyian tempatan.

Penerimaan yang diberikan juga begitu baik dan hampir mencecah 100,000 ribu tontonan dalam tempoh kurang sebulan dilancarkan di Youtube.

“Saya kini berada di Jakarta atas urusan kerja, namun menggunakan kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Peminat yang ingin mengetahui perkembangan terbaharu kerjaya saya boleh berbuat demikian dengan mengikuti saya di akaun rasmi di Instagram dan Facebook,” kata Ezad.-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");