Panasnya Hari Ini

Dakwaan Pengundi Terima Sogokan RM2,000 : Itu Hanya Gimik Politik – Nancy Shukri

KUALA LUMPUR : Dakwaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang kononnya ada pengundi di Sarawak yang menerima sogokan sehingga RM2,000 hanyalah sekadar gimik politik untuk mencemarkan kredibiliti calon-calon BN dalam pilihan raya negeri itu.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mencabar untuk membuktikan dakwaan beliau mengenai rasuah politik di Sarawak dan bukan sekadar membuat tuduhan membabi-buta.

“Jika dakwaan itu benar, kita minta beliau tunjuk bukti dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis.

“Kita tidak boleh sekadar menuduh tanpa bukti. Kemungkinan ada pihak yang melakukan sebegitu dan menyalahkan pihak lain,”katanya, lapor Malaysiakini.

Ujarnya lagi, beliau tidak terkejut jika pihak pembangkang memberikan pelbagai alasan untuk tidak membuat laporan perkara sedemikian.

Tambahnya lagi, apabila agensi kerajaan seperti SPR atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mereka, pembangkang akan cuba mempersoalkan kredibilitinya.

“Pembangkang akan menuduh agensi-agensi ini kononnya menyebelahi kerajaan, tetapi apabila agensi-agensi ini bertindak menyebelahi mereka, pembangkang senyap pula,”ujarnya.

Terdahulu Lim mendakwa ada antara pengundi di Sarawak ditawarkan wang sehingga RM2,000 seorang.

Ujarnya, SPR masih terus mengambil pendekatan ‘tidak nampak, tidak dengar dan membisu’ dalam tempoh berkempen yang tinggal dua hari itu termasuklah yang melibatkan politik wang dan ugutan terhadap calon DAP,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");