Laporan Eksklusif

Dnars Skincare Sertai Kembara Mahkota Johor 2016

KUALA LUMPUR : Syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Dnars Skincare akan menyertai Kembara Mahkota Johor 2016.

Kembara Mahkota Johor dijangka akan bermula daripada 14 Mei sehingga 17 Mei 2016.

Dalam Kembara Mahkota Johor itu, Dnars Skincare akan menyediakan 5,000 sampel produk keluaran syarikatnya untuk diagihkan sepanjang program itu berlangsung.

Selain daripada Dnars Skincare, Kembara Mahkota Johor turut mendapat kerjasama daripada BestFM.

Majlis pelepasan Kembara Mahkota Johor 2016 akan bermula di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 14 Mei, manakala pada hari kedua, ia diadakan di Muzium Mersing.

Pada hari ketiga, acara pelepasan akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Batu Anam, Segamat dan seterusnya pada hari terakhir akan diadakan di Kem10 RAMD, Batu Pahat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");