Perak Hari Ini

Ensiklopedia Berkaitan Sains Nuklear Bakal Diterbitkan

IPOH: Sebuah ensiklopedia berkaitan teknologi nuklear yang pertama di Malaysia dijangka akan diterbitkan pada penghujung tahun ini menerusi kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pengarah Kanan Program Pengkomersilan dan Perancangan Teknologi Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Hashim berkata, sehingga kini, proses untuk menyiapkan ensiklopedia tersebut hampir 95 peratus siap.

“Agensi Nuklear Malaysia cuba untuk merakyatkan sains supaya orang awam dapat memahami bidang sains nuklear dengan lebih baik kerana kita tidak mahu bidang ini tertumpu kepada kumpulan penyelidik sahaja.

“Fokus kita ialah untuk memahamkan rakyat kita berkenaan bidang teknologi nuklear dan aplikasinya dalam bidang-bidang seperti pertanian, perubatan dan industri,” katanya ketika ditemui media selepas Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik di Hotel Impiana, di sini, hari ini.

PERAK TODAY 1

Ujarnya lagi, penerbitan ensiklopedia itu dihasilkan menerusi siri bengkel dan perbincangan yang mana ianya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dr Zulkifli turut berkata, pihak kementerian juga turut memberi peruntukan kepada pihaknya bagi melengkapkan penulisan tersebut.

“Menerusi seminar kajian saintifik ini, kita mengharapkan agar mereka dapat menerbitkan artikel dalam bidang sains dan teknologi antara 500 hingga 560 setahun.

“Kita melihat kerjasama strategik antara Agensi Nuklear Malaysia dan DBP ini adalah memang bertepatan menerusi sokongan dan peruntukan untuk sama-sama kita menerbitkan buku ini,”ujarnya.

PERAK TODAY 5

Sementara itu, Pengarah Dasar dan Penyelidikan DBP, Rusli Abd Ghani berkata, pihaknya kita sedang giat berusaha untuk meningkatkan judul buku yang berkaitan dengan bidang sains.

“Sasaran kita adalah sebanyak mungkin. Kita mempromosikan usaha menerusi seminar ini supaya mereka yang berminat akan menghubungi DBP untuk menulis buku-buku selain daripada strategi utama kita ialah bekerjasama dengan agensi.

“Kita kaya dengan ilmu sains. Pengetahuan kita banyak tetapi kita tidak ketengahkan. Jadi untuk mengetengahkan ilmu kita ini ialah melalui penerbitan buku-buku sains,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");