Sukan Hari Ini

Farique bakal hadapi ujian getir

BEKAS pelumba pasukan Petronas Syntium, Fariqe Hairuman berdepan ujian getir untuk mempertahankan Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) yang dimenanginya musim lalu.

Kata pelumba kelahiran Johor itu, dia menghadapi kekangan apabila terpaksa berlumba menggunakan jentera yang dibangunkannya sendiri ekoran kesukaran mencari penaja.

“Ia amat berbeza tahun ini. Saya menyertai MSC menggunakan kereta yang dibangunkan bersama beberapa rakan.

“Untuk masa sekarang, saya hanya mengesahkan berlumba untuk pusingan pertama. Pusingan seterusnya bergantung kepada penaja dan sedang berusaha mencari penaja,” katanya.

Farique akan berlumba bersama rakan sepasukan Hafiz Bachok yang juga pelumba baharu musim ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");