Membawang Hari Ini

Fouziah Gous Tak Pernah Berenggang Dengan Anak

KUALA LUMPUR: Sejak bergelar ibu, pelakon Fouziah Gous memberitahu tidak pernah berenggang dengan anaknya iaitu Muhammad Zeeshan yang kini berusia lima bulan.

Fouziah, 34, berkata, selain faktor anaknya itu menyusu badan dia lebih selesa menjaga anaknya itu seperti mana ibu lain meskipun terpaksa dibawa ke lokasi penggambaran.

“Saya ada pembantu rumah dan pembantu peribadi tetapi tugas menjaga anak semuanya saya lakukan sendiri.

“Bukan tidak percaya pada orang lain untuk menjaganya tetapi saya selesa buat sendiri malah ia dapat merapatkan hubungan ibu dengan anak.

“Alhamdulillah setakat ini tiada masalah jika saya bawanya ke tempat kerja kerana Zeeshan tidak banyak meragam dan hanya sesekali menangis jika lapar,” katanya kepada mStar Online.

Fouziah ditemui pada sidang media drama bersiri Strawberi & Karipap musim ketiga di Bangsar Village di sini, Jumaat.

Selain Fouziah, ia turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Rykarl Islandar, Mia Sara dan Zizan Nin.

Ia telah pun menemui penonton pada 7 Mei lalu di saluran Astro Ceria dan Maya HD pada setiap hari Sabtu, 11 pagi.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, selepas dua tahun berehat daripada dunia lakonan dia tertarik bersetuju berlakon dalam Strawberi & Karipap kerana menyukai konsep cerita berkenaan selain jadual penggambaran yang fleksibel.

Kata Fouziah, walaupun penggambaran dilakukan di Hong Kong namun dia masih mempunyai banyak waktu senggang untuk menguruskan anaknya yang turut dibawa bersama.

“Saya pada awalnya memang banyak soalan kepada pihak produksi sebelum bersetuju kerana saya mengutamakan anak.

“Bukan apa lebih baik saya dapatkan kepastian terlebih dahulu daripada timbulnya masalah atau isu dikemudian hari.

“Alhamdulillah jadual diberikan produksi sangat fleksibel dan paling penting anak berada disisi saya,” ujarnya.

Tambah Fouziah, dia sedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan tetapi hanya menerima watak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu selain meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

“Memang saya ‘demand’ tetapi bukan meminta yang bukan-bukan sebaliknya hanya ingin memastikan masa bekerja tidak terlalu panjang sehingga terpaksa mengabaikan anak,” ujarnya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");