Isu Panas

Gerakan siap sedia bantu calon BN – Mah

TUMPAT: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sudah membentuk jentera pilihan raya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Mah Siew Keong, berkata pihaknya mengadakan mesyuarat khas peringkat pusat tiga hari lalu untuk memastikan jentera parti itu di semua peringkat di Perak dan Selangor bersiap sedia membantu calon BN nanti.

Bagaimanapun, beliau mengakui BN akan menghadapi cabaran daripada parti pembangkang, namun kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak boleh membantu BN mengekalkan kemenangan dia dua kerusi parlimen itu.

“Kita yakin BN mampu mencatatkan keputusan yang baik berikutan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Dewan Saladhamma Sangwed di Wat Buddha Kampung Kulim, Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz.

Mah mengulas mengenai persiapan komponen BN bagi menghadapi dua PRK yang bakal diadakan serentak 18 Jun depan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata Gerakan memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN untuk bertanding pada PRK berkenaan.

Katanya, Gerakan akan menerima keputusan sebulat suara menerusi mandat yang diberikan kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan memilih calon yang layak bertanding di dua kerusi parlimen berkenaan.

“Saya pasti ia membuat pemilihan yang terbaik. “Yang penting kita (semua komponen BN) mesti sokong selepas keputusan (pemilihan calon BN) dibuat,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");