Sukan Hari Ini

Guerra mahu banggakan ayah

PENYERANG import PKNS FC, Gabriel Miguel Guerra tidak sabar mahu merobek gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membawa pasukan menjulang Piala FA buat kali pertama dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Pemain kelahiran Argentina itu berkata, semangat itu semakin membara apabila ayahnya, Miguel Guerra yang bercuti di Malaysia ketika ini, sanggup menangguhkan kepulangan semata-mata mahu memberi sokongan perlawanan tersebut.

“Selain isteri dan anak, kehadiran ayah saya sudah pasti menjadi inspirasi buat saya untuk melakukan yang terbaik.

“Saya mahu pamer sesuatu yang boleh membanggakan dia. Saya harap sentuhan jaringan dapat dilakukan di samping sokongan padu rakan seperjuangan untuk menghampakan JDT,” katanya.

Guerra yang sudah meledak lima gol dalam Piala FA dan 10 gol aksi Liga Perdana bakal menjadi ayam tambatan The Red Ants kerana mampu membolosi gawang lawan.

Ketika ditanya beban yang diletak dibahunya dalam menjulang trofi buat pertama kali, Guerra tidak menganggap satu tekanan sebaliknya gembira kerana menjadi pemain harapan untuk pasukan.

“Ini kali pertama saya beraksi di pentas akhir, namun tidak rasa gementar, saya menjalani latihan seperti biasa.

“Kita mempunyai peluang sama rata untuk menjuarai Piala FA ini…ia tidak mustahil untuk kami dan kejutan bakal dicipta,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Shahurain Abu Samah mahu rakan sepasukannya mengambil kesempatan ini mengejutkan lawan yang dianggap pasukan terkuat musim ini.

“Kami harus ambil kesempatan ini mengejutkan mereka di final nanti,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");