Panasnya Hari Ini

Hanya Ada Masa 24 jam di Sarawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hanya mempunyai masa selama 24 jam untuk berada di Sarawak.

Hal ini demikian kerana beliau diarahkan untuk meninggalkan negeri itu esok (Khamis) sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada hari ini kira-kira jam 9 pagi.

Beliau yang dipetik Free Malaysia Today berkata, seorang pegawai Jabatan Imigresen telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau perlu meninggalkan Bumi Kenyalang esok.

Ujarnya beliau tidak diberikan sebarang maklumat mahupun amaran dan hanya mengetahui tentang perkara itu hari ini.

“Apabila saya tanya seorang pegawai kanan, jawapannya ialah beliau tidak boleh berbuat apa-apa dan menerima arahan daripada pihak atasan,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Ketika disoal tentang apakah tindakan seterusnya yang akan diambil, beliau berkata, “Kempen hari ini dan tinggalkan Sarawak esok.”

Terdahulu, Charles merupakan satu-satunya individu yang dihadkan masanya untuk berada di Sarawak iaitu selama 24 jam,

Manakala, beberapa ahli parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara yang turut bersamanya bagaimanapun dibenarkan terus berada di negeri itu.

Selain Charles, pemimpin pembangkang lain seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut dihadkan tempoh untuk berada di Sarawak.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan sebagai berkata, Azmin dan Guan Eng boleh melanjutkan tempoh mereka berada di negeri itu, namun perlu menulis surat kepadanya.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");