Perak Hari Ini

‘Hanya Najib Sahaja Yang Menimbulkan Masalah’

MANJOI : “Di zaman ini, ada orang yang boleh bertanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi Najib tidak membenarkan sesiapa bertanding dengannya,” tegas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah tambahnya, sesiapa yang didapati tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dibuang daripada UMNO.

Jelasnya, antara yang dikatakan menjadi mangsa tindakan tersebut iaitu Datuk Hamidah Osman, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan hampir 3,000 penyokongnya ketika Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Gugusan Manjoi, malam tadi.

PERAKTODAY2

“Ini bukan cara demokrasi. Ini cara kuku besi. Kalau orang tak setuju, beliau akan buang. Lama-lama dia (Najib) buang berbilion ahli UMNO, maka UMNO akan hapus sama sekali. Ini adalah masalah Najib,”ujarnya.

Tun Mahathir berkata, lima perdana menteri sebelum ini apabila mengalas jawatan tersebut telah bekerja keras untuk kepentingan rakyat.

“Tetapi apabila samapai giliran Datuk Seri Najib, kita dapati dia luar biasa. Luar daripada yang biasa kita lihat dalam negara. Kita tidak menyangka Perdana Menteri boleh menjadi masalah.

“Dalam Perlembaaan kita, kita tidak memperuntukkan untuk menyingkirkan Perdana Menteri selain daripada membuat undi tidak percaya.

“Tetapi hari ini, kita tidak boleh membuat laporan polis terhadap perbuatannya, kita tidak boleh buat undi tidak percaya, bahkan dia menentukan apabila UMNO mengadakan mesyuarat agung, mereka tidak boleh berbincang sama sekali berkenaan 1MDB dan juga wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya,”jelasnya.

Katanya lagi, perdana menteri tidak boleh mempunyai wang sebegitu banyak kerana ia adalah salah daripada segi moral.

Tun Mahathir berkata, apabila seseorang wakil rakyat dan menteri besar (merujuk kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo) membina sebuah rumah mewah yang menelan belanja berjuta ringgit, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan siasatan.

PERAKTODAY4

“Kita dapati Khir Toyo disiasat dan dibawa ke mahkamah, dijatuhkan hukuman salah dan terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan berada dalam penjara selama satu tahun. Dia dituduh rasuah dan sebagainya.

“Tetapi Najib memiliki wang RM2.6 bilion tidak ditangkap, tidak dibicarakan dan bebas seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam negara. Kita telah mempunyai enam orang perdana Menteri. Tetapi antara kenam-enam orang itu, hanya Najib sahaja yang menimbulkan masalah sehingga dunia memandang serong kepada kita,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");