Sukan Hari Ini

Hawks bakal gugur Karlovic, Casagrande

KHIDMAT dua pemain import Kuala Lumpur, Mario Karlovic dan Casagrande bakal digugurkan bagi memantapkan pasukan itu memburu slot ke Liga Super musim depan.

Tempat Karlovic dari Australia dan Casagrande dari Brazil akan diisi calon baharu dalam pemerhatian Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) termasuk dari Jerman, Mali, Palestin, Cameroon dan juga Amerika Syarikat.

Biarpun Presiden KLFA Datuk Seri Adnan Md Ikshan tidak menamakan dua pemain import bakal disingkirkan, persembahan kurang meyakinkan Karlovic serta masalah kecederaan Casagrande pasti bukan keadaan yang mampu menyelamatkan mereka.

Selain dua pemain import itu, Kuala Lumpur turut mempunyai pemain import lain iaitu Modibo Konte dari Mali dan rakan senegara Casagrande, Leo Carioca.

Pada masa sama, Adnan juga berkata beberapa pemain tempatan yang bergelut dengan kecederaan, turut akan digugurkan bagi memberi peluang kepada pemain baharu.

“Perjalanan masih jauh, kita mempunyai 10 perlawanan Liga (Perdana) selain Piala Malaysia. Kita mempunyai harapan tinggi untuk ke Liga Super,” katanya semalam.

The Hawks kini di tangga keempat Liga Perdana dan terikat 25 mata dengan Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan. Melaka United mendahului liga itu dengan 27 mata.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");