Membawang Hari Ini

Hikmah di Tanah Suci

Selepas dua kali ditipu penganjur pakej umrah, juara Akademi Fantasia (AF) 2014, Firman Bansir bersyukur akhirnya impian membawa kedua-dua orang tua mengerjakan umrah tercapai.

Dia yang baru beberapa minggu pulang ke tanah air, mengganggap kejadian itu adalah hikmah yang banyak mengajarnya menjadi manusia lebih bersabar.

Malah, pelantun lagu Di Pintu Mu itu berkata, kelewatannya membawa ibu bapa menunaikan umrah bukanlah punca dia diduga, sebaliknya sebagai manusia dia sudah merancang yang sebaiknya.

“Saya anggap ini semua hikmah kerana selama menunaikan umrah, ibu banyak berbual dan memberi kata-kata nasihat kepada saya.

“Jika sebelum ini dia banyak berdiam mungkin kerana sakit. Kelewatan menunaikan umrah juga kerana masalah kesihatan ibu saya. Apa pun saya gembira apa yang terjadi memberi peluang saya lebih dekat dan mesra dengan ibu,” katanya yang turut membawa bapa dan adiknya sama-sama menunaikan umrah.

Firman berkata, kejadian itu tidak sedikit pun mengganggu perjalanan seninya kerana semuanya sudah diatur lebih awal.

Bagaimanapun, ia sedikit mengganggu jiwa dan pemikirannya.

“Apa yang penting sekarang adalah fokus saya terhadap single Paling yang dilihat kurang memberangsangkan sejak ia dimainkan Oktober tahun lalu.

“Jika diikutkan saya mahu tampil dengan single ketiga kerana berasa sudah agak lama single Paling dilancarkan. Namun saya harus akur apabila pengurusan belum bersedia memberi pelepasan terhadap single ketiga saya yang sudah siap sepenuhnya. Harapnya single ketiga itu dilancarkan tahun ini juga,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");