Sukan Hari Ini

Ikrar CURA

Shah Alam: Ketika bahang final Piala FA semakin terasa, kelab penyokong PKNS, Curva Ultras Red Ants (CURA) melaungkan amaran untuk menggegarkan Stadium Shah Alam dengan sorakan padu mereka.

Ketua Penerangan CURA Roslee Manap berkata, penyokong kelab berkenaan akan berpadu tenaga bagi memastikan skuad Red Ants tidak kekeringan sorakan biarpun mengakui kelebihan pasukan lawan yang akan hadir dengan jumlah lebih ramai.

Katanya, walaupun tempat duduk penyokong dijangka bertukar menjadi lautan biru sepenuhnya nanti, ia tidak mematahkan semangat untuk melihat pasukan kesayangan mereka, PKNS meraih kejayaan pada final nanti.

“Memang kita menyimpan harapan tinggi untuk melihat pasukan kesayangan kami (PKNS) membawa pulang Piala FA.

“Untuk itu, CURA menyediakan enam alatan bunyi iaitu tiga base, dua snare dan satu drum untuk ahli kelab memalukan gendang sepanjang 90 minit aksi,” katanya ketika ditemui Arena Metro, di Stadium Shah Alam, semalam.

CURA yang baru ditubuhkan awal musim ini, sekadar menggunakan kompang pada setiap aksi anak buah E Elavarasan namun untuk final malam esok mereka dilengkapkan dengan pelbagai alatan baru hasil sumbangan kelab PKNS.

Jelas Roslee, menjelang final pertama buat kelab itu, CURA akan membawa 11 lagu baru serta merancang beberapa gimik dan pergerakan baru pada malam kemuncak itu.

“Kami akan sentiasa berdiri teguh di belakang pemain dalam apa keadaan sekalipun,” katanya yang akan berarak bersama 200 ahli CURA serta penyokong PKNS dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hingga ke perkarangan Stadium Shah Alam.

Aktiviti yang akan bermula jam 2 petang itu sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada barisan pemain Elavarasan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");