Berita Hari Ini

Imigresen Tambah Baik Ciri Keselamatan Pasport

PETALING JAYA: Kelewatan pengeluaran pasport dijangka berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf dokumen perjalanan itu, kata Jabatan Imigresen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, kelewatan itu disebabkan langkah penambahbaikan melibatkan aspek keselamatan pasport.

“Langkah penambahbaikan itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan ia melibatkan semua pejabat jabatan itu di seluruh negara.

“Ia juga memerlukan pihak jabatan untuk menutup beberapa pejabat untuk tempoh tertentu yang sekali gus menyebabkan kelewatan dalam pengeluaran pasport baharu,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau menambah, penambahbaikan itu juga termasuk perubahan sistem teknikal yang digunakan jabatan itu ketika mengeluarkan dokumen berkenaan.

“Sebarang kesulitan adalah dikesali,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");