Berita Hari Ini

Industri aeroangkasa dijangka jana RM750j

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menjangkakan sejumlah RM750 juta dapat dijana menerusi industri aeroangkasa sebaik kilang di Serendah siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata, industri yang melibatkan pembabitan 200 tenaga mahir kini menjadi industri terpenting yang diberi tumpuan di negeri ini.

“Lebih membanggakan apabila Selangor berjaya mencatatkan jumlah tertinggi bagi projek yang telah diluluskan di negeri lain dengan pelaburan modal berjumlah RM124.43 bilion.

“Bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) Selangor juga tinggi dengan rekod berjumlah RM63.3 bilion, kejayaan Selangor ini adalah hasil sokongan banyak agensi kerajaan seperti Mida, Matrade, MDEC, Might, BiotechCorp dan juga HDC,” katanya ketika majlis pelancaran laman sesawang baharu Invest Selangor, di I City, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Hasan Azhari Idris berkata, kilang pengeluaran selongsong kipas ‘UMW Aerospace’ untuk enjin jet Rolls-Royce Trent 1000 dan Trent 7000 dijangka siap hujung tahun ini.

“Kilang yang didirikan di atas tanah berkeluasan 12 hektar itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.

“Fasiliti terbabit akan bertindak sebagai penyewa utama bagi cadangan Taman Pengeluaran Logam Keras Aeroangkasa oleh UMW,” katanya.

Menurutnya lagi, tumpuan diberikan kerana 62 peratus industri aeroangkasa negara beroperasi di negeri ini.

“Pengeluaran unit pertama selongsong kipas enjin jet Trent 1000 akan dilakukan selepas ia dihantar ke fasiliti pemasangan Rolls Royce di Seletar Aerospace Park, Singapura pada Oktober 2017,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");