Sukan Hari Ini

Irfan cabar pemain import pamer kualiti

PENGENDALI Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mahukan pemain importnya mempamerkan aksi lebih berkualiti berbanding pemain tempatan seandainya ingin merebut kesebelasan utama pasukan.

Baginya selaku pemain import yang dibawa masuk sudah tentu aksi berkualiti dan lebih sempurna dari pemain tempatan ditagih.

“Mereka (import) perlu mengatasi pemain tempatan dari semua aspek, kerana jika prestasinya sama belum pasti akan diturunkan sebagai kesebelasan utama.

“Bagi saya persembahan Carlos Marangoni Filho memuaskan dan dia telah kembali kepada prestasi sebenar,” katanya yang mengulas aksi dipamerkan pemain import tersebut selepas beraksi di bawah kemampuan sebenar pada aksi menentang Perak, 24 April lalu.

Selain Carlos, The Fighters turut memiliki tiga lagi pemain import iaitu Zah Rahan Krangar, Lutfulla Turaev (tengah) dan Francis Forkey Doe (penyerang) yang beraksi cemerlang sepanjang 10 perlawanan berlangsung sebelum ini.

Mengulas persembahan anak didiknya pada pertembungan menentang Kelantan, malam kelmarin, Irfan Bakti bersyukur dengan kemenangan tersebut terutamanya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.

“Walaupun beberapa pemain tidak cergas sepenuhnya tetapi mereka mempamerkan aksi bertenaga dan memberi tentangan kepada lawan.

“Kami perlu mengekalkan rentak kemenangan ini dan mengelakkan keciciran mata untuk memastikan takhta liga terus dipimpin,” jelasnya.

Pada perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak (Star) Jengka, Pahang, Felda United mengekalkan kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Kelantan 2-0 yang menyaksikan Fighters mengumpul 24 mata selepas beraksi 10 perlawanan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");