Berita Hari Ini

Jabatan Warisan Negara Siasat Penemuan Kapal Dagang Di Pekan

KUANTAN: Jabatan Warisan Negara dijangka menghantar kakitangannya melawat lokasi penemuan bangkai kapal dagang didakwa milik British yang ditemui di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung, Paloh Hinai, Pekan, Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang Datuk SeriMohd Sharkar Shamsuddin berkata jabatan berkenaan akan melakukan siasatan berhubung penemuan bangkai kapal itu yang didakwa karam secara misteri di sungai itu lebih 100 tahun lalu.

“Kakitangan jabatan perlu menemu bual ketua kampung dan penduduk yang dikatakan menemui bangkai kapal berkenaan. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi dan kita meminta semua pihak turut tidak berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Mohd Sharkar berkata beliau juga mengetahui penemuan kapal itu menerusi laporan media memandangkan tiada laporan berkaitan penemuan tersebut sebelum ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan memikirkan sesuatu yang boleh menjadikan penemuan itu sebagai satu lagi khazanah pelancongan di Pahang, jika dakwaan kapal itu milik British adalah benar.

Semalam, media melaporkan penemuan bangkai kapal berkenaan susulan paras air sungai Pahang yang menjadi semakin cetek akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");