Sukan Hari Ini

Jangan ambil mudah

PEMAIN perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan pertama Kumpulan C kempen Piala Thomas menentang England di Kunshan, China, hari ini.

Iskandar yang bakal turun selaku perseorangan kedua bersedia untuk menghadiahkan mata kepada skuad negara walaupun mengakui itu bukan tugas yang mudah.

“Sekarang ini kami masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang. Tapi saya rasa kami sudah mampu membiasakan diri sebelum turun beraksi.

“Semangat sepasukan juga saya lihat semakin membuak, semua pemain tidak sabar untuk turun beraksi. Saya rasa semua sudah bersedia untuk membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Iskandar turut menasihatkan semua pemain yang menggalas cabaran Malaysia agar tidak mengambil mudah tentangan negara berkenaan.

“Dalam kejohanan berpasukan, apa saja boleh berlaku. Jangan ambil lewa cabaran mereka. Selalunya akan banyak kejutan berlaku dan kita harap Malaysia mampu melakukannya kali ini,” katanya yang yakin Malaysia memiliki peluang untuk melangkah ke suku akhir.

Skuad Piala Thomas negara kini dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan Piala Thomas selama 24 tahun selepas kali terakhir Malaysia memenanginya pada 1992.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");