Jenayah

Keluarga rayu cari anak berusia 6 tahun hilang

BERA: Sepasang suami isteri merayu orang ramai membantu mencari anaknya, Schwan Maulana Johan, 6, yang didakwa hilang sejak Ahad lalu di kawasan rumahnya, di Felda Sebertak, di sini.

Johan Rosihan, 45, berkata, kehilangan anaknya itu bukan sahaja mengejutkan malah memberi tekanan kepada mereka sekeluarga, termasuk isterinya Raudatul Nikmah Mahrib, 40.

Menurutnya, sejak kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu fikirannya begitu runsing sehingga tidak dapat berniaga, dan tumpuannya kini hanya mencari Schwan Maulana di beberapa kawasan yang dipercayai anaknya itu berada.

“Sebelum kejadian lebih kurang pukul 3.30 petang, dia sedang menolong makciknya membungkus air untuk dijual, dan ada meminta tali daripada ibunya untuk mengikat bungkusan air itu.

“Dia ada tanya isteri saya, dan isteri saya ada beritahu supaya dia mencari di satu sudut. Tetapi tidak lama selepas it, kami menyedari dia tiada di rumah. Puas kami mencari di kawasan sekeliling tetapi tidak berjumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Johan berkata, mereka sekeluarga dan penduduk sekitar telah berusaha mencari di kawasan berhampiran tetapi masih tidak menemui sebarang kesan.

Malah katanya, hal kehilangan Schwan Maulana turut disebarkan menerusi lama sosial Facebook dan WhatsApp bagi menjejaki anaknya itu.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar 32 Bera dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) memandangkan usaha pencarian di kawasan sekitar gagal.

Dalam pada itu, Raudatul Nikmah memberitahu, Anaknya yang bersekolah di Tadika Kemas Felda Sebertak di sini tidak menunjukkan sebarang tanda dan sikap yang pelik.

“Dia memang anak yang baik, sentiasa menemani ayahnya berniaga sebelum ini, dan dia juga tidak pernah membantah arahan orang yang lebih tua darinya.

“Saya bimbang dengan keadaan dia, lebih-lebih lagi dia bukannya mudah mesra dengan orang yang tidak dikenali. Tak tahu lah macam mana keadaan dia sekarang ini,” katanya.

Orang ramai yang terserempak dengan Schwan Maulana diminta menghubungi balai polis berhampiran.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");