Panasnya Hari Ini

Kemenangan PRN Sarawak, Bukti BN Ada Hala Tuju Jelas -PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak membuktikan kerajaan Barisan Nasional mempunyai hala tuju jelas dalam menyusun pelan pembangunan di negeri terbabit.

Ujarnya,faktor keluasan Sarawak dan Sabah membuatkan agenda itu memakan masa serta kos tinggi, selain membabitkan pertimbangan tertentu.

Malah jelasnya lagi kemenangan itu juga telah menjadi petunjuk jelas mengenai peningkatan sokongan rakyat Sarawak terhadap kerajaan.

“Sebagai kerajaan, kita mempunyai hala tuju jelas, pelan pembangunan yang dirancang perlu dilaksana secara penyelesaian kreatif dan sampai ke akar umbi.

“Contohnya, setiap jalan perlu memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan tidak semua rumah panjang perlu dihubungi dengan rangkaian paip, sebaliknya boleh menggunakan teknologi hidro mikro,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memetik sumber Berita harian.

Jelasnya lagi, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat Sarawak hidup tanpa kemudahan asas dan ia adalah komitmen bersama kerajaan negeri serta Pusat.

Beliau turut menyifatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta program rasionalisasi subsidi adalah dua langkah berani dibuat kerajaan untuk berdepan ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Perkara ini diakui sendiri oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim, dalam perbualan saya bersamanya baru-baru ini.

“Ekonomi negara akan menjadi seperti Greece sekiranya dua langkah berkenaan tidak dilaksanakan,” katanya.

Tegasnya, walaupun GST mengakibatkan harga barang naik sedikit bagaimanapun ia memberi asas kekuatan kepada pendapatan negara.

“Bagaimanapun, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kadar sifar GST mampu melindungi rakyat daripada tekanan GST,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");