Berita Hari Ini

Kementerian Pertahanan mahu maju tanah terbiar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan bercadang menyewa tanah terbiar miliknya bagi menampung keperluan bekalan makanan negara, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementerian berkenaan akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta syarikat perladangan untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Pegawai kementerian telah diarahkan untuk mengenal pasti tanah terbiar dan yang tidak dimajukan untuk disewa kepada pihak yang berminat bagi menanam misalnya dengan padi, jagung dan tanaman lain,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-30 di sini hari ini.

Beliau berkata dengan berlakunya kemarau dan banjir, perubahan cuaca, ketidakselamatan makanan telah menjadi perkara keselamatan dan pertahanan.

“Memandangkan tanaman bukan merupakan bidang kepakaran Kementerian Pertahanan, kerjasama inklusif kemungkinan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan syarikat-syarikat perladangan sedang difikirkan,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");