Berita Hari Ini

Kenal pasti masalah pelajar, rujuk pakar

KUALA KRAI – Masih ramai murid pendidikan khas berada di program pemulihan khas belum dikenal pasti untuk mendapat peluang pendidikan dan perkhidmatan sewajarnya.

Penolong Pegawai Pendidikan Khas, Pemulihan Khas, Swasta Pejabat Pendidikan Kuala Krai, Rosmarizal Ramli berkata, program outreach peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai

diperkenalkan bagi membolehkan maklumat terkini disampaikan kepada komuniti mengenai murid pendidikan khas yang berada di sekolah aliran perdana.

Menurutnya, program itu bertujuan mengenal pasti pelajar bermasalah dalam pembelajaran untuk dirujuk kepada pakar berkaitan.

“Seramai 35 murid dari 17 sekolah dipilih menyertai program dan kesemua murid terlibat berumur sembilan tahun,” katanya.

Rosmarizal berharap, program ini memberi ruang kepada murid berkeperluan khas berada di tempat sepatutnya iaitu program pendidikan khas integrasi.

Menurutnya, ibu bapa 35 murid terlibat turut hadir bagi mendapatkan penerangan doktor dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengenai kakitangan terlibat dan keperluan anak masing-masing.

“Kakitangan terlibat ialah guru pemulihan khas. Aspek penilaian ke atas murid seperti pergerakan fizikal moto kasar dan moto halus.

“Murid turut dinilai dari aspek kebolehan menguasai subjek Bahasa Melayu dan Matematik,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");