Panasnya Hari Ini

Keputusan PRN Sarawak Bukan Cerminan Buat PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar-Amanah

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat bahawa kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sama sekali tidak boleh dijadikan cerminan keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presidennya, Mohamad Sabu menjelaskan bahawa Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat berjaya memperoleh kemenangan dengan cemerlang ketika berdepan pertembungan 15 penjuru pada PRK Bukit Selambau pada 2009.

Malah jelasnya, Amanah menerusi Pakatan Harapan (PH) juga sedia berdepan dengan mana-mana musuh mereka termasuk dari Pas.

“Kami dulu, parti lama kami Pas. Pilihan raya 1999, kami hilang semua deposit. Tapi bila datang PRU, kami menang di Kelantan dan Terengganu. Sarawak tidak boleh menjadi ukuran di Semenanjung.

“Kita biasa bertanding, 15 penjuru di Bukit Selambau dan Pakatan Rakyat pada waktu itu menang dengan cemerlang. Tiada masalah dengan itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Amanah di ibu pejabat parti itu memetik laporan Astro Awani.

Mengulas pandangan Amanah mengenai sekiranya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Sungai Besar, Mohamad berkata Amanah tidak perlu mengambil tahu perihal isu tersebut.

“Parti di dalam Pakatan Harapan ada tiga iaitu DAP, PKR dan Amanah. Luar daripada Pakatan Harapan kami tidak tahu apa-apa,” katanya.

Tambahnya, Majlis Presiden PH masih belum memutuskan mana-mana parti yang akan bertanding pada PRK tersebut.

Tegasnya lagi, tidak wujud keperluan bagi parti itu untuk mengumumkan senarai calon yang akan bertanding.

Bagi Mohamad, PH kini perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai satu-satunya pesaing kepada Barisan Nasional (BN) berdepan PRK tersebut.

Pada PRN Sarawak ke-11 lalu, Amanah tewas di semua 13 kerusi yang ditandingi sama begitu juga dengan parti Pas yang turut tewas semua 11 kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");