Sukan Hari Ini

Kerjasama TRW, Bari FC

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjadi persatuan bola sepak negeri pertama di negara ini yang akan menjalinkan hubungan dengan kelab bola sepak Itali, Bari FC 1908 milik jutawan Malaysia, Datuk Dr Noordin Ahmad.

Khabar gembira khusus untuk penyokong skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors itu diumumkan sendiri Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosialnya semalam.

“Berbual (mengenai) bola dengan pemilik Bari FC (Datuk Dr Noordin) sebaik beliau tiba dari Rome (Itali) petang tadi. The Red Warriors (TRW) akan menjalin kerjasama rapat dengan kelab bola sepak Itali itu.

“Insya-ALLAH, saya akan melawat Bari FC dalam masa terdekat,” katanya dalam entri berkenaan.

Dalam entrinya itu juga, Annuar turut mengumumkan kesediaannya membawa skuad pantai timur itu melawat Bari FC sekiranya berjaya mara ke mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

“Saya dan Datuk Dr Noordin akan bawa pasukan itu ke Itali. Saya juga berharap dapat membawa Bari FC beraksi menentang Kelantan di Malaysia, pada tahun ini,” katanya.

Bapa pembangunan bola sepak Kelantan itu dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan jutawan yang terbabit industri penjualan pesawat komersial itu ketika sama-sama menuntut di Maktab Tentera Diraja (MTD), sejak 1970 lagi.

Sementara itu, dalam entri berbeza, Annuar memberitahu, Kelantan pasukan memiliki modal paling kecil dan miskin dalam saingan Liga Super musim ini.

Ekoran jumlah tajaan kecil itu, beliau mengakui pihaknya masih belum mampu membentuk sebuah pasukan berkualiti akibat pelbagai kekurangan namun akan tetap berusaha untuk terus bertahan dalam saingan liga kelas pertama itu.

“(Kelantan) satu-satunya pasukan yang mana pengurusannya terpaksa terus menerus mencari tajaan akibat bajet tidak mencukupi pada tahun ini. Satu lagi tahun yang sukar (untuk Kelantan).

“Dari segi prestasi terkini, kita di tangga kelima selepas sembilan perlawanan dengan (mencatatkan) jaringan ketiga terbanyak dan masih kekal tanpa kalah di gelanggang sendiri. Setakat ini tewas tiga kali di gelanggang lawan.

“Berbaki dua aksi pusingan pertama iaitu melawan Felda United dan Selangor di tempat lawan. Di atas kertas, kita bakal tewas kedua-duanya dan akan menamatkan pusingan pertama dengan 12 mata tapi Kelantan ada kalanya mampu membuat kejutan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");