Perak Hari Ini

Ketua Kumpulan Samun, Ditembak Mati

IPOH: Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan samun melibatkan kes yang berlaku di pejabat timbangan sawit dekat Tapah baru-baru ini telah ditembak mati oleh pihak Polis 9 malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan,kejadian berlaku Taman Lahat Indah berhampiran Lebuhraya Ipoh-Lumut.
1 (11)

“Suspek telah terserempak dengan sepasukan polis dalam usaha untuk menahannya secara tiba-tiba suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Dalam usaha untuk menahan dan menangkap suspek, Polis kemudiannya membalas tembakan dan mengenai suspek terus rebah,” katanya dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Tambahnya lagi, suspek berasal dari Batu Gajah dan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk dadah dan samun selain dikehendaki bersangkut satu kes samun empat kenderaan yang masih dalam perbicaraan di Kampar.

“Polis merampas motosikal dinaiki suspek, revolver, beberapa butir peluru dan sebilah parang,” katanya.

Berikutan itu, polis mengadakan beberapa serbuan di Ipoh dan Batu Gajah serta menahan dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun berasala daripada Ipoh yang didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan ini serta rekod jenayah.

“Salah seorang daripada suspek ini turut sama dikehendaki bersabit kes samun kenderaan di Kampar,” katanya lanjut.

Polis turut merampas sebuah kereta Satria, empat parang, pisau, tiga pasang sarung tangan, empat topeng muka, peralatan menghisap dan menjual dadah, pelbagai barangan peribadi dipercayai disamun dan 10 telefon bimbit.

Tambahnya lagi, hasil daripada operasi ini pihak Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan samun yang telah melakukan pelbagai jenayah terancang seperti samun, pecah rumah dan jenayah kekerasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");