Sukan Hari Ini

Kim Swee: Waspada ancaman Timor Leste

JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menjangkakan pemainnya akan berdepan tentangan sengit Timor Leste, Jun depan, lapor JANATUL FIRDAUS YAACOB.

Namun beliau tetap berpegang kepada prinsip ‘setiap perlawanan berbeza’ walaupun sudah bertemu lawan pada cabaran peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2019 dan Piala Asia 2018 sebelum ini.

Katanya, perkara yang lebih utama barisan pemain Harimau Malaysia perlu lebih persiapkan diri.

“Setiap perlawanan berbeza walaupun kita pernah bertemu sebelum ini tetapi yang penting di sini kita perlu persiapkan diri dengan lebih teratur.

“Penting juga untuk mengetahui kekuatan pasukan lawan tetapi pada masa sama kita perlu tahu apa yang ingin kita lakukan,” katanya ketika ditemui sebelum sesi latihan skuad kebangsaan di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Malaysia bakal berdepan cabaran Timor Leste dalam dua pertemuan Play-Off Kelayakan Piala Asia pada 2 dan 6 Jun depan.

Kim Swee berkata, Timor Leste akan memberi saingan sengit tambahan pula dengan kemasukan beberapa pemain naturalisasi.

“Dengan adanya pemain naturalisasi daripada Brazil dalam Timor Leste, saya jangkakan perlawanan nanti cukup sengit.

“Bukan mudah untuk kita jika tidak ambil serius tentang apa yang kita mahu lakukan,” katanya.

Sebelum perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu, Malaysia akan berdepan Myanmar pada aksi persahabatan antarabangsa, Sabtu ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");