Sukan Hari Ini

‘Kita patut boleh menang’

SEKADAR membawa pulang satu mata dalam pertembungan menentang Pahang, nyata mengecewakan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.

Beliau menyatakan kekesalan dengan rentak permainan dipamerkan skuad kendaliannya walaupun menentang pemain Pahang yang dilihat masih muda dan mentah.

“Saya kecewa kerana umum maklum rekod Lang Merah lebih baik jika dibandingkan dengan Tok Gajah tambahan pula mereka turun dengan pemain muda.

“Kedah sepatutnya mampu membawa pulang tiga mata penuh untuk melonjak ke kedudukan lebih baik dalam carta Liga Super, namun terpaksa berpuas hati dengan skor 1-1,” katanya.

Cheng Hoe menolak spekulasi prestasi hambar Lang Merah akibat kekalahan dalam saingan separuh akhir Superbest Power Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 30 April lalu.

“Kita dah lupakan kekalahan dengan JDT, terikat 1-1 dengan Pahang ini berpunca daripada corak permainan yang kurang baik pemain,” katanya yang berharap dua tonggak utama iaitu Khairul Helmi Johari dan Syazwan Tajudin pulih 100 peratus dalam perlawanan seterusnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");