Panasnya Hari Ini

KJ Cadang Tubuh Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan Elak Ketirisan

KUALA LUMPUR : Satu jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan yang dipengerusikan oleh menteri di Kementerian Belia dan Sukan perlu ditubuhkan bagi memantau segala transaksi kewangan kementerian berkenaan dan agensi dibawahnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, tujuan jawatankuasa itu ditubuhkan adalah untuk menambah baik prosedur kewangan sedia ada supaya pemantauan lebih rapi boleh dilaksanakan menteri sendiri dengan bantuan pegawai-pegawai kanan bagi mengelak ketirisan, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Saya cadangkan supaya Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kewangan di kementerian saya ditubuhkan terlebih dahulu dan dipengerusikan oleh menteri sendiri. Ini tidak pernah berlaku, sebab selama ini menteri tanya soal kewangan, menteri tanya KSU (Ketua Setiausaha), KSU jawab. Itu sahaja.

“Tidak ada satu jawatankuasa tetap yang boleh buat pemantauan secara berterusan berkenaan dengan perbelanjaan dan juga segala transaksi kewangan dalam kementerian yang dipengerusikan oleh menteri sendiri,”katanya, lapor Bernama.

Khairy berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Shahanim Mohamad Yusoff mengenai punca masih berlaku kelemahan prosedur dan proses kewangan di peringkat kementerian sehingga menyebabkan berlakunya ketirisan, penyelewengan atau salah guna kuasa.

Khairy berkata, jawatankuasa itu perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk melaporkan segala transaksi kewangan secara terperinci kepada pengerusi dan bukan hanya sekadar lisan.

Jelasnya lagi, prosedur kewangan sedia ada memberi kuasa setiap keputusan kewangan terhad kepada pengawal kewangan kementerian dan menteri tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas keputusan tersebut.

“Perlu ada perubahan di setiap kementerian kerana dengan prosedur sekarang memberi peluang kepada pegawai kanan melakukan penyelewengan dan nampaknya ia sudahpun berlaku,”ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan KBS selepas disyaki terlibat dengan penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta pada Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");