Sukan Hari Ini

Kone, Van Aanholt buat Allardyce lega

London: Newcastle United dan Norwich City tersingkir daripada Liga Perdana awal pagi semalam selepas Sunderland berjaya kekal di liga utama apabila menang 3-0 ke atas Everton.

Dua gol pertama buat kelab bagi pertahanan tengah Sunderland Lamine Kone dan sepakan percuma Patrick van Aanholt membantu skuad kendalian Sam Allardyce berada empat mata di atas zon bahaya dengan berbaki satu perlawanan.

Norwich turun semula ke Liga Kejuaraan setahun selepas naik sekalipun menang 4-2 ke atas Watford manakala Newcastle, musuh tradisi Sunderland, akan beraksi di divisyen dua buat kali pertama sejak 2010.

“Ia kerana sikap pemain yang menyerap tekanan dan mempamer persembahan sebegini,” kata Allardyce.

“Itulah yang berlaku dalam 10 perlawanan terakhir, hanya sekali kalah. Ia memang menakjubkan. Kepada semua pemain dan staf kejurulatihan, terima kasih banyak-banyak.”

Ia adalah musim keempat berturut-turut Sunderland terselamat dan berjaya mengelak turun divisyen pada lewat musim sekali gus menyaksikan kelab timur laut itu aksi bola sepak liga utama bagi musim ke-10 berturut-turut.

Allardyce menjadi arkitek kebangkitan mereka selepas menggantikan Dick Advocaat yang dipecat Oktober lalu. Mereka meraih 11 mata daripada maksimum 15 dalam lima perlawanan terakhir. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");