Perak Hari Ini

Kuil Jadi lokasi Tempat Proses Dadah

IPOH:Sebuah kuil di tepi lebuhraya Ipoh-Lumut, Jelapang telah dikesan menjadi lokasi tempat pemprosesan dadah berjaya dibongkarkan oleh pihak Polis Isnin lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak Datuk DCP Hasnan Hassan pihak polis berjaya merampas dadah jenis Methamphetamine (syabu) bernilai RM1.14 juta.

Tambahnya dalam serbuan yang dibuat di kuil berkenaan pihaknya turut telah menahan lima individu berusia lingkungan 19 hingga 46 tahun.

3 (5)

“Berdasarkan maklumat yang diterima kita, sekitar jam 6.30 petang sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh telah membuat serbuan dan berjaya menahan lima suspek di ruang legar utama tempat sembahyang kuil.

“Pemeriksaan di tempat sama juga telah menemui dadah jenis methamphetamine anggaran berat 4 kilogram, cecair methamphetamine oil anggaran isipadu 7 liter atau 11.9 kilogram serta pelbagai perlatan dipercayai untuk kegunaan memproses dadah,” katanya pada satu sidang media khas di IPK pada Khamis.

Menurut beliau, berdasarkan sisatan awal kumpulan terbabit telah menjadikan kuil itu sebagai tempat memproses syabu untuk diagihkan sekitar Perak sejak kira-kira sebulan yang lalu.

“Mereka ini tidak terlibat dengan kuil itu, mereka hanya gunakan kuil itu bila ianya kosong, daripada lima suspek itu juga salah seorang daripada mereka adalah dalang kumpulan itu,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kesemua suspek yang terdiri daripada pekerja buruh dan penganggur itu juga mempunyai rekod jenayah lampau serta positif urin.

Kesemua suspek direman sehingga 9 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

6 (2)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");