Panasnya Hari Ini

Kumpul Tanda Tangan Desak Najib Berundur, Gimik Politik Tun M

KUALA LUMPUR:Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat menegaskan bahawa jumlah 500,000 tandatangan yang telah dikumpul melalui Deklarasi Rakyat itu bukanlah satu gambaran sebenar tindakan protes rakyat secara menyeluruh.

Ujarnya, jumlah tersebut juga bukanlah majoriti rakyat yang kononnya menjadikan isu penurunan Datuk Seri Najib sebagai satu isu besar.

“Apakah sebenarnya ancaman yang sangat serius melanda negara buat masa ini? Ekonomi atau gerakan melemahkan kerajaan.

“Bagi saya, gerakan ini adalah gimik politik Tun M untuk memberi momentum kepada usaha menjatuhkan kerajaan sehingga PRU 14,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang telah berjaya mengumpulkan kira-kira 500,000 tandatangan untuk petisyen Deklarasi Rakyat dan yakin mereka dapat mencapai sasaran sejuta dalam tempoh dua minggu ini.

Petisyen itu akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setelah memenuhi matlamat untuk mengumpul sebanyak satu juta tandatangan.

Tambahnya lagi, usaha dan gerakan tersebut tidak akan berjaya berikutan kini rakyat semakin bijak menilai antara perjuangan peribadi dengan perjuangan sebenar yang rakyat mahukan.

“Majoriti rakyat akan menolak gerakan tidak demokratik termasuk ‘street protes’ yang akan menjejas kehidupan seharian.

“Kerajaan yang sah hanya boleh terbentuk melalui proses pilihan raya. Usaha-usaha lain adalah sia-sia dan membuang masa dan wang, selain mencetus perbalahan antara kaum dan sebagainya,” katanya.

foto:- sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");