Jenayah

Lima Buah Kereta Milik Jurujual Musnah Dalam Kebakaran

SUNGAI PETANI: Lima buah kereta dipercayai milik seorang jurujual musnah dalam kebakaran di sebuah rumah di Persiaran Cinta Sayang, di sini, kira-kira 5.17 petang Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Mohd RadziAbdul Talib berkata, ketika kejadian, kesemua lima buah kereta itu berada di kawasan garaj di hadapan rumah berkenaan.

“Tindakan pemadaman telah dilakukan, kereta jenis Perodua Kelisa, Proton Saga BLM dan BMW 320i terbakar 100 peratus, manakala kereta Proton Satria Neo dan Toyota Vellfire masing-masing terbakar 60 peratus dan 40 peratus.

“Manakala sedikit bahagian garaj rumah berkenaan turut terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menolak unsur jenayah dalam kes tersebut.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");