Jenayah

Lori simen 50 tan terbalik

ALOR GAJAH: Sebuah lori tangki yang membawa muatan simen 50 tan terbalik dan merintangi jalan di laluan Simpang Simpang Ampat-Pulau Sebang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 4.30 pagi itu, pemandu lori yang berusia 48 tahun dipercayai mengantuk sebelum lori yang dipandunya terbabas dan merintangi jalan sehingga menutup kedua-dua laluan di hadapan Giat Mara Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz, berkata, bagaimanapun bernasib baik ketika kejadian tiada kenderaan yang melalui jalan itu dan pemandu dalam perjalanan dari Bahau, Negeri Sembilan ke Klang itu hanya mengalami cedera ringan.

“Selepas menerima laporan, anggota trafik kita telah membuat kawalan dan menutup laluan di kedua-dua hala.

“Laluan ditutup bermula dari Jalan Kemus Simpang Ampat-Pulau Sebang, manakala laluan bertentangan di tutup bermula dari A Famosa Resort, Pulau Sebang-Simpang,” katanya.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian mendapati kerja-kerja mengalihkan kepala lori dan lori tangki simen berkenaan dilakukan lebih kurang jam 11.30 pagi dan kemudian hanya satu jalan dibuka iaitu jalan dari Simpang Ampat menghala ke A Famosa manakala jalan bertentangan masih lagi ditutup.

Selain itu, semasa jalan di kedua-dua arah ditutup, pengguna terpaksa menggunakan laluan alternatif lain dengan melalui jalan Gadek.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");