Sukan Hari Ini

Magis skuad kerdil

Kuala Lumpur: Ketika skuad kendalian E Elavarasan memulakan saingan liga tempatan awal musim ini, tiada siapa yang peduli dengan kemampuan kelab Liga Perdana itu mampu mara hingga ke pentas final Piala FA musim ini.

Namun, dengan kejayaan menumbangkan beberapa gergasi Liga Super seperti Terengganu, FELDA United dan Perak dalam laluan mereka ke final tidak harus dipandang ringan pencabar kejuaraan iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Menurut ketua pasukan, Shahrul Azhar Ture, PKNS kini hanya selangkah saja untuk melakar sejarah baru muncul kelab pertama menjulang piala itu sejak diperkenalkan pada tahun 1990.

“Moral pemain berada pada tahap terbaik dengan kesemuanya sudah tidak sabar menanti malam esok (malam ini) apatah lagi ia final pertama buat kelab kami.

“Walaupun akan turun sebagai bukan pilihan, kami tetap memasang impian besar menjuarai piala. Saya dan pemain lain ingin hadiahkan kejuaraan buat penyokong dan pengurusan kelab yang banyak memberi dorongan,” katanya pada sidang media pra perlawanan akhir Piala FA di Hotel Concorde, di Shah Alam, semalam.

Tambah Shahrul lagi, biarpun ramai pihak memilih pasukan Mario Gomez untuk memenangi aksi kemuncak itu di Stadium Shah Alam malam ini, ramalan itu baginya hanya akan memberi tekanan kepada pasukan lawan berbanding rakan sepasukannya.

“Masa pusingan awal tak ramai yang memberi harapan kepada kami tapi pasukan buktikan sebaliknya dengan menumbangkan pasukan Liga Super.

“Bagi saya, peluang pada perlawanan itu nanti adalah 50-50. Kami ada strategi tersendiri untuk berhadapan mereka” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");