Perak Hari Ini

Majukan Bidang Pertanian Ke Tahap Lebih Tinggi – DS Tajuddin

SERI ISKANDAR: Semua pihak yang berkaitan dengan bidang pertanian termasuklah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan petani dinasihatkan supaya memajukan industri berkenaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, mereka tidak seharusnya menjadi pengeluar bahan atau barangan mentah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, pihak yang berkenaan dan golongan petani perlu memikirkan bagaimana untuk menambah nilai kepada bahan tersebut supaya mendapat pulangan yang lebih lumayan daripada aktiviti yang dijalankan dalam industri pertanian.

“Selain daripada itu, untuk memacu masyarakat petani ke arah itu, perlu ada perubahan sikap petani-petani dan juga pimpinan masyarakat petani iaitu berjiwa besar.

“Mereka juga harus ingin melihat satu masa depan yang lebih besar dan ada perubahan daripada segi sikap, minda dan sebagainya

” Selain itu, kita perlu menggalakkan masyarakat petani untuk melibatkan dalam bidang pertanian secara komersial, anggap ianya sebagai satu perniagaan, bukan sahaja tanaman, tapi perlu fikir daripada segi pemprosesan, pemasaran, promosi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Peladang Kawasan Parit Kali ke 39, di sini, hari ini.

?????????????

Turut hadir sama, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasaan Parit, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, kempen ‘pertanian adalah perniagaan’ masih belum mencapai sasarannya.

Jelasnya, pihak kementerian telah mengambil langkah dengan mewujudkan satu unit Agroprenuer Muda (Pertanian untuk orang muda) bagi mencapai sasaran lebih ramai golongan muda menjadikan pertanian tersebut sebagai satu perniagaan.

“Ia memberikan jaminan masa depan kepada mereka yang melibatkan diri dalam perusahaan pertanian sama ada penternak dan sebagainya.

“Kita menggalakkan mereka menyertai skim dan diberikan latihan dan juga dibantu daripada segi modal yang mana mereka akan diberikan jaminan pinjaman lebih awal.

“Maknanya mereka yang keluar daripada skim latihan ini, modal untuk dapat pinjaman daripada TEKUN ataupun bank dijamin,” katanya lagi.

Jelasnya, meskipun unit tersebut diwujudkan, ia masih belum mendapat sambutan berikutan sehingga kini hanya lebih 1,000 peserta sahaja yang menyertainya.

Ujarnya, keadaan ini berkemungkinan disebabkan terdapat segelintir di kalangan anak muda kurang berminat berniaga.

“Berniaga ini bukan satu yang dia minat, dia tidak suka berniaga, dia lebih suka bekerja makan gaji dan ibu bapa kadang-kadang menggalakkan kerana dia takut kalau bekerja sendiri takut tak ada masa depan

“Selagi mentaliti ini tidak berubah, ia akan kekal seperti itu.. Kena ada satu kempen secara berterusan dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");