Isu Panas

Masih terima gaji, elaun

IPOH – DAP Perak mempersoalkan mengapa Adun Aulong, Leow Thye Yih yang digantung sebelum ini masih menerima bayaran gaji dan elaun.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, ia bercanggah dengan kenyataan Speaker Dun Perak, Datuk Seri SK Devamany sebelum ini bahawa Thye Yih hanya akan menerima bayaran ke atas pusat khidmatnya dan bukannya gaji serta elaun.

“Ada dua sebab mengapa beliau masih menerima gaji dan elaun, pertama mungkin kelemahan sistem pentadbiran yang mungkin terlepas pandang.

“Ataupun kerajaan negeri baru sedar tentang kesilapan tersebut dan mengaku salah dan tetap membuat pembayaran kepada Aulong,” katanya.

Tambah Kor Ming, sekiranya ‘berlaku’ kesilapan atas pemberian gaji dan elaun kepada Thye Yih, ia akan dipulangkan semula ke perbendaharaan kerana pihaknya tak akan ambil jika ia bukan milik mereka.

“Namun jika ia diberi kerana kesilapan dan kerajaan negeri mengakui kesilapan mereka, maka DAP sedia memaafkan dan jumlah wang yang diterima akan didermakan kepada pihak berkaitan untuk berbakti kepada rakyat di Dun Aulong, “ katanya.

Mengulas mengenai saman terhadap Devamany dan kerajaan negeri, Kor Ming menyatakan Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh sebutan kes.

“Kita akan serahkan saman pemula kepada Devamany dan kerajaan negeri untuk kes berkenaan.

“Apabila kita failkan tindakan mahkamah, tujuan kita bukan untuk mendapatkan balik gaji dan elaun tetapi mahu membela kesucian Dun,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");