Jenayah

Maut dua kereta bertembung

Tangkak: Lelaki maut apabila Proton Iswara dipandunya bertembung Perodua Myvi di Jalan Ledang, Serom 8, Sungai Mati di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada 2.45 petang itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Roslan, 50-an, dikatakan memandu bersendirian dari arah Muar menuju ke Bukit Gambir.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jumaat Rahmat berkata, apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu memasuki jalan bertentangan.

“Secara kebetulan Perodua Myvi dipandu wanita lingkungan 30-an berada di lokasi dan cuba mengelak namun gagal.

“Akibatnya, bahagian kanan Perodua Myvi itu dirempuh Proton Iswara berkenaan menyebabkan mangsa tersepit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Unik Forensik Hospital Tangkak.

Pemandu wanita itu turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");