Jenayah

Maut rempuh tiang elektrik

SABAK BERNAM: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh tiang elektrik di Jalan Kampung Baharu, Sabak Bernam, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa, Azrul Nizam Badi’ulhisam, 23, yang beralamat di Jalan Gandut, Kampung Baharu, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mangsa yang menunggang bersendirian motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai dari Jalan Dungun menghala ke Pekan Sabak.

“Siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas sendiri lalu merempuh tiang elektrik di bahu kanan jalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan serius di bahagian dada dan anggota dalaman,” katanya.

Menurutnya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Salmah Abu Bakar di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");