Berita Hari Ini

MBI terima permohonan cadangan pemaju kedua tinggi

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan penerimaan permohonan cadangan pemajuan kedua tertinggi di negara ini selama empat tahun berturut-turut menerusi sistem Pusat Setempat Dalam Talian (OSC Online).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, jumlah keseluruhan cadangan pemajuan yang melibatkan pelan berkaitan pembangunan yang diterima sejak 2007 sehingga Disember tahun lepas telah mencecah sehingga 21,572 permohonan.

“MBI merupakan yang kedua tertinggi menerima permohonan berkenaan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). MBI juga telah menyelesaikan 100 peratus permohonan pada 2015 iaitu sebanyak 2,611 fail permohonan.

“Ini merupakan hasil kerjasama yang amat padu semua pihak termasuk pemaju dan perunding, jabatan-jabatan teknikal dalaman dan luaran yang menganggotai jawatankuasa OSC Online di MBI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bengkel Uji Lari Bagi Pelaksanaan OSC Online Versi Penambahbaikan di Peringkat MBI di sini, hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");