Perak Hari Ini

MCA Perak Sokong Pendirian Presiden Parti

KUALA KANGSAR : MCA Negeri Perak menyokong penuh kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa MCA membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai hudud.

Pengerusi Perhubungan MCA Perak, Datuk Mah Hang Soon menyifatkan tindakan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO adalah satu tindakan yang melukakan perasaan masyarakat Cina.

“Bagi kami ini merupakan satu perbuatan yang telah melukakan atau melukai perasaan kami dan masyarakat Cina dimana kami tidak dimaklumkan sebelum ianya dikemukakan (RUU Persendirian),”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat MCA Kuala Kangsar, hari ini.

Bagaimanapun, Mah yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, DAP adalah punca kepada RUU Persendirian ini berjaya dibentangkan di Parlimen.

PERAK TODAY 6

“Pada kami, DAP adalah punca kepada perkara ini berlaku. DAP telah menyeru kepada masyarakat Cina untuk memberi sokongan penuh kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 yang lalu.

“Sokongan yang telah diberikan telah membolehkan PAS berkembang dan jumlah kerusi Parlimen oleh PAS bertambah. Perbuatan dan tingkahlaku DAP ini telah menyebabkan kepada semua ini,”ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun sedih dengan apa yang terjadi namun pihaknya sama sekali tidak akan menghentikan jenteranya bagi membantu Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Sementara itu, Mah turut berkata, ketika krisis ini berlaku, perkara yang boleh dinilai adalah sama ada seorang pemimpin itu boleh memimpin pasukannya ataupun sebaliknya.

“Ketika ada krisis, bila ada masalah kita terus keluar dan melepaskan tanggungjawab kita. Pada saya tu bukan cara yang terbaik.

“Tetapi pada waktu itulah ianya menguji kekuatan seorang pemimpin sama ada pemimpin itu dapat membantu membawa pasukannya untuk mengharungi keadaan dan krisis tersebut atau sebaliknya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");